Sedarkah kita, 7 ayat dalam surah al-Fatihah itu terdiri daripada tiga kategori iaitu: ayat 1-4, ayat 5, dan ayat 6-7. Bagi kita di Malaysia, ayat 1 ialah Bismillah itu, saya sentuh di sini kerana ada mazhab yang tidak memasukkan ayat Bismillah itu sebagai sebahagian daripada surah al-Fatihah, walaupun mengatakan bahawa surah al-Fatihah terdiri daripada 7 ayat juga.
Mengikut bab atau tema, ayat 1-4 adalah berkenaan dengan Allah swt, atau disebut juga dengan kata ayat untuk Allah, kerana jika kita fahami terjemahannya, kesemuanya adalah yang berkait dengan nama Allah, kekuasaan Allah, sifat Allah yang Maha Pemurah. dan Maha Mengasihani, dan tentang Allah yang memiliki dan menguasai hari Akhirat.
Ayat 5 pula dikatakan ada dua bahagian, sebahagian untuk Allah swt, manakala bahagian kedua untuk kita (manusia), kerana jika kita lihat bahagian awalnya meyebut Hanya engkau yang aku sembah, bererti ditujukan kepada Allah swt, tetapi bahagian kedua bermaksud dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan yang bererti hajat manusia kepada Allah, itu sebab bahagian kedua itu disebut sebagai ayat untuk manusia.
Ayat 6 dan 7 pula adalah untuk manusia keseluruhannya, di mana ayat ini merupakan permintaan kita (manusia) kepada Allah swt agar memberi petunjuk jalan yang lurus, bukan jalan mereka yang dimurkai dan disesatkan.
Ada perbezaan antara permintaan manusia dalam bahagian kedua ayat 5 itu dengan permintaan manusia dalam ayat 6. Ayat 5 adalah permintaan manusia agar diberi rezeki, kesihatan, kekayaan, keamanan, kesejahteraan, qada' dan qadar yang baik-baik, dan sebagainya, manakala permintaan dalam ayat 6 pula adalah harapan agar Allah menunjukkan jalan yang lurus, dengan kata lain, kita memohon agar Allah swt menunjukkan jalan syariat-Nya, seperti mana jalan mereka yang telah mendapat nikmat (syafaat dan syurga), iaitu para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin.
Setelah kita mengetahui tiga tema ini, sepatutnya ketika kita membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang, hendaklah dibaca mengikut temanya, sebagai tanda kita faham kandungannya: umpamanya kita gunakan satu nafas untuk ayat 1-4, satu nafas untuk ayat 5 sahaja, dan satu nafas lagi untuk ayat 6 dan 7, dengan kata lain inilah pakej bacaan kita bagi membezakan maksud tema yang tiga itu tadi. Sebagai ganti nafas, mungkin boleh kita gunakan suara/lagu.
Tidak dinafikan, ramai antara kita yang membaca ayat 5 dan 6 sebagai satu pakej; walaupun tidak menyebabkan sembahyang kita batal, tetapi memperlihatkan kefahaman kita tidak tepat, dilihat dari sudut pengertian ayat-ayat itu. Wallahu a'lam.